Rambut lebih cepat tumbuh

Assalamualaikum



     Dah bosan dengan rambut pendek?  Bila agaknya rambut ni nak panjang? boleh ke rambut tumbuh lebih cepat ! macam - macam yang bermain di fikiran kitakan terutama sekali kaum wanita . dekat sini ada beberapa tips yang boleh kita ikut ;

1. Tekan daerah kulit kepala dengan hujung jari setiap hari ini untuk merangsang pertumbuhan rambut. Tak kira lah sama ada basah atau pun kering kerana ia dapat melancarkan darah.


2. Sebelum tidur , cuba tundukkan kepala dan sikat dengan lembut mulai dari akar hingga hujung rambut.

3.biarkan kulit kepala bernafas . rambut yang seringkali tertutup akan membuatkan minyak dan kotoran akan melekat pada akar rambut sehingga kulit tak mampu bernafas . Basuh rambut setiap hari dengan shampu.

4. Rambut yang panjang adalah rambut yang tua dan seringkali rapuh , jadi manjakan rambut anda dengan pilihan syampu lembut dan kaya dengan kandungan pelembap.

5. Seminggu sekali gunakan masker khusus untuk rambut dan jangan terlalu mengikat rambut kebelakang dengan ketat ini kerana rambut akan cepat patah

::walaupun bertudung atau pun tak tetapi rambut perlu dijaga ::

-selamat mencuba dan rajin-rajin lah jaga rambut anda -

                                        wasalam..

No comments:

Post a Comment