assalamualaikum semua ..
says hai |
selalu sangat kita dengar ungkapan berfikiran positifkan . Orang yang positif cenderung menjalani kehidupan dengan sihat dan ceria .Ada berapa tips untuk mengamalkan sikap positif ni lagi pun taklah susah mana pun ..mula dengan langkah kecil tetapi kenalah amalkan secara berterusan:
kat sini rara ada sediakan beberapa tips yang berguna untuk kita amalkan ..
i will |
1.mulakan selangkah demi selangkah;
jangan selalu nak cepat je!.. memang ada masanya bila kita nak berubah ,kita nak ia berlaku sekali gus .Tak baik macam tu. perbaikilah secara pelan -perlahan ,buat catatan tentang apa yang kita tak puas hati dan mulakan untuk mengubahnya .
2.berbincang dengan diri sendiri
sesekali dengarlah secara adil kata hati kita, dan berbincanglah.Gantikan yang negatif kepada positif
3. berhenti membandingkan
memang wajar kita lihat orang lain sebagai kayu pengukur tapi usahlah membandingkan kehidupan kita dengan orang lain ,ia akan membuatkan kita hilang rasa keyakinan terhadap diri kita sendiri
4.nasihati diri sendiri
Ramai yang pandai menyelesaikan masalah orang lain tetapi diri sendiri tak dapat menyelesaikanya , jadi jika kita berjaya menghiburkan teman yang ditimpa masalah , tanya padanya apa yang membuatkannya rasa terhibur. Lain kali kalau kita ada masalah , kita lakukan perkara yang sama pada diri kita sendiri
5. utamkan diri
kadangkala kita harus bersikap mementingkan diri kerana ia membawa hasil yang lebih baik untuk kita serta dengan orang-orang yang kita sayangi.
ni adalah salah satu tips yang dapat rara kongsikan semoga kita amalkan supaya hidup kita lebih ceria dan sihat bersama orang-orang yang kita sayangi. Rara hanya sekadar berkongsi ilmu :)
No comments:
Post a Comment